OGOS 2023

Premier Antara Pemimpin Hadir Sempena Lawatan Sultan Brunei


PUTRAJAYA: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg adalah antara pemimpin kerajaan yang menemani Perdana Menteri, Dato Sri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Sultan Brunei di sini pada Khamis.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ibni Omar Ali Saifuddin tiba di ibu negara semalam untuk lawatan rasmi dua hari ke negara ini. 

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor,  Menteri Luar, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Dalam Negeri, Senator Saifuddin Nasution dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. 

Beberapa memorandum persefahaman telah dimeterai antara kedua-dua negara sempena lawatan Baginda Sultan untuk membuka ruang bagi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Brunei.

Sumber dari : Sarawakku